Langkawi

So yes, this is my first short trip ever since 20 years. We were heading to Langkawi for 4 days. Baru first trip okay toksah nak gatai pi jejauh. Kitorang pergi 4 orang. Alhamdulillah yang join ni semua wanita wanita solehah yang dah pandai jaga diri sebab tak kosser nak jaga orang lain. Mula mula plan nak buat short trip untuk Cucu-Cucu Ramlah tapi dah bertahun “sembang” je, kita bawak la ke next level, ajak je member memana.


First trip. Dah tentu tentu lah first time naik flight sendiri takdak family. Oh ya, tah demand diorang nak p Langkawi ja pun kulir takmau naik feri hahah. Masa tu tiket flight murah je tp ada misleading sikit, tiket kami burn & kami bayar RM180/person. Oleh sebab I yang paling jauh, so I gerak one day before. Kitorang berkumpul dekat Klang. Then dari Klang kami gerak terus p KLIA 2. Flight petang. KL nak ke Langkawi tu bukan macam KL ke Korea k, so lepas maghrib tu dah sampai Langkawi dah.


I don’t know how, tp kereta sewa & hotel cousin I yang deal. So I taktahu agent mana dia pakai haha. Tp hotel tu best. Ada kolam. Yang tambah bestnya, kitorang je kot yang selalu mandi kat kolam tu? Pagi petang muka kitorang. Sampai dah boleh bertegur lah dengan penjaga kolam tu.

Since kitorang semua umur 20 (ada sorang 19), so kitorang memang tak pergi langsung tempat2 bersejarah beras terbakar ke apa ke memang tak pergi. Island hoping pun tak haha. Kitorang just pergi cable car & pusing pusing cari makan. So kitorang punya aktiviti kat sana tak padat langsung & relax jee. Pagi mandi kolam tengahari mandi pantai petang mandi kolam, malam pergi makan. ULANG HARI HARI hahahah.

Tapi the most interesting thing is dia punya banana boat !! I would like to thanks dekat abang banana boat tu sebab ya Allah macam baik gilaaaa bawak kitorang pusing satu pulau dengan harga yang sangat murah. (YES ACTUALLY LEPAS 30 MINIT PUJUK HAHAH)


I don’t really remember apa lagi yang kitorang buat kat sana sebab rasanya memang takde apa. Banyak jalan & shopping je pastu mandi kolam macam kat negeri sendiri takde kolam. Actually jadual kitorang sangat sangat lah tak produktif haha sebab matlamat pergi sana release tension so padan lah hahah.


Wish me for the next trip J

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment